Notis Khas: Pengemaskinian Pengagihan Hadiah dan Anugerah untuk Melaka STEM Bootcamp 2024

Kepada Para Peserta, Kami ingin memaklumkan bahawa selepas perbincangan terperinci bersama Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka, persetujuan telah dicapai dan variasi terhadap pengagihan hadiah bagi Melaka STEM Bootcamp 2024 telah dimuktamadkan. Perubahan ini, yang disokong oleh JPN Melaka, selaras dengan Notis Khas dan Terma & Syarat acara ini, bagi memastikan keadilan dan mencerminkan jumlah pasukan yang mengambil bahagian.
 
Berikutan penyertaan yang lebih rendah daripada jangkaan, dengan hanya 10 pasukan dalam Kategori 1, 70 pasukan dalam Kategori 2, dan 20 pasukan dalam Kategori 3, nilai hadiah telah disesuaikan sewajarnya. Selain itu, penganjur turut menyediakan makan tengah hari dan snek percuma sepanjang acara dua hari tersebut untuk meningkatkan pengalaman para peserta.
 
Pengagihan hadiah yang dikemaskini adalah seperti berikut:

Pengagihan Hadiah untuk Kategori 1:

  • Hadiah Pertama: RM 200
  • Hadiah Kedua: RM150
  • Hadiah Ketiga: RM 100

Pengagihan Hadiah untuk Kategori 2:

  • Hadiah Pertama: RM 600
  • Hadiah Kedua: RM300
  • Hadiah Ketiga: RM 200

Pengagihan Hadiah untuk Kategori 3:

  • Hadiah Pertama: RM 200
  • Hadiah Kedua: RM150
  • Hadiah Ketiga: RM 100

Hadiah-Hadiah Khas:

  • Sekolah dengan Penyertaan Terbanyak: Smart TV 65 inci
  • Anugerah Sekolah STEM Terbaik (Sekolah Rendah): RM 250
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat atas kefahaman dan penyertaan anda. Kami berharap untuk terus memajukan kecemerlangan STEM dalam acara-acara akan datang.
 
Pihak Penganjur Melaka STEM Bootcamp 2024

Ready to embark on a journey of discovery and innovation? Join us at ISpace STEM Boot Camp on August 16th and 17th, 2024, at UTeM, Melaka. Register now to secure your spot and unlock the gateway to a world of endless possibilities in STEM.

Don’t miss out on this chance to ignite your curiosity, unleash your creativity, and shape the future of technology and beyond. Enroll today and be a part of something extraordinary!

Join Now!